Polis menahan seorang suspek yang terlibat dalam kejadian buli di jalan raya dekat Sungai Way pada 23 Disember lalu.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamidd, suspek warga tempatan berusia 27 tahun itu ditahan di Jalan Penchala dan direman tiga hari bagi bantu siasatan.